tajukkk mcm ngeri ...BILAA LELAKI MENGIDAM....
Fuuuuhhhhh nk kata dah kawin.lum lagi
alalalalala Abang ngidamm ya .....jap ya UMI postkan
Menu yang abang ngidam tue...hahahaha ...
*POPIAAAHHHH BASAAAHHH*
*terrrrrrrrrrliiiuuuuurrr ..rs nk wat je skg* |
RESEPI POPIA BASAH
*TQ incik abang ..sanggup dia cari kan resepi then email kat aku...auwwww love u dear...betapa berhajat sungguh dia dgn popia basah...okeey nanti kita nikah..umi bagi abang hantaran popia basah ya*
Kulit Popia
Resepi
kulit popia ini boleh menghasilkan 60 hingga 90 keping bergantung
kepada kecekapan dan saiz yang anda hasilkan. Pastikan anda menggunakan
kuali leper dan tiada kesan minyak pada kuali tersebut.
1 kg tepung gandum
4 1/2 cawan air
1 biji telur (telur putih sahaja)
5-7 sudu makan minyak masak
5 camca teh garam atau secukupnya
Cara Membuatnya
Masukkan
air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan
kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga
sebati serta pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam.
Tutup adunan dengan kain atau kertas dan biarkan sekurang-kurangnya
setengah jam.
Panaskan
kuali dengan api sederhana kecil, ambil semuat tapak tangan anda dan
sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper kemudian tarik
keatas. Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat. Apabila tepi
kulit popia terangkat sedikit, bolehlah diangkat.
Tip
Tebal atau nipis kulit popia bergantung kepada pekat atau cair adunan tepung yang anda uli. Semakin pekat adunan semakin nipis kulit popia tersebut.
Inti popia
Resepi
inti popia yang di tuliskan disini berdasarkan selera saya,
bagaimanapun anda boleh juga menambah bahan-bahannya seperti udang,
ayam dan sebagainya untuk menambahkan lagi rasa. Anda juga boleh
menggunakan resepi sendiri mengikut kesesuaian selera anda.
Bahan diperlukan
1 biji bawang besar (dimayang)3 ulas bawang putih (dimayang)
1/4 inci halia (dimayang)
3 sudu makan udang geragau (dikisar kering)
1 batang lobak merah (dihiris nipis)
1 biji sengkuang cina (dihiris nipis)
200 gram taugeh (dibuang akar)
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Cara membuatnya
Tumis
bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau, masukkan udang geragau
kisar dan tumis hingga sedikit garing. Masukkan lobak merah dan
sengkuang cina gaul sehingga sedikit lembut, masukkan Taugeh, garam dan
gula. Kacau sebati sehingga cukup masak.
Sos Popia
Rasa yang sesuai untuk sos popia adalah manis, sedikit masam, sedikit pedas dan terpenting terasa udang keringnya.
Bahan di perlukan
1 biji bawang besar dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 senduk masak lada kisar/cili boh (pedas sos mengikut keperluan anda)
4 sudu makan udang kering/geragau yang dikisar kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gula merah
1 1/2 mangkuk air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit asam jawa
Tepung jagung untuk memekatkan sos
Cara membuatnya
Tumiskan
bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan lada kisar
dan tumiskan sehingga garing. Kemudian masukkan udang kering/geragau dan
tumiskan juga.
Masukkan
sedikit air dan kacau rata. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair,
gula merah dan sebatikan. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau
lagi biarkan mendidih. Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki
masukkan tepung jagung (telah dibancuh dengan air) dan kacau sehingga
mendapat kepekatan yang anda kehendaki.
Menyediakan Popia Basah
Untuk melengkapkan lagi penyediaan Popia Basah dan membuatkannya lebih enak dimakan beberapa bahan perlu ditambah padanya.
Bahan diperlukan
Kulit popia
Inti Popia
Sos
Kobis (dimayang halus)
Telur rebus (dihancurkan)
Kacang tanah goreng (ditumbuk/kisar)
Bawang goreng (sebaiknya dikisar)
Daun bawang (potong halus)
Cara penyediaan
Sapukan
rata sos pada kulit popia, taburkan sedikit kobis, sedikit telur rebus
hancur, kacang tanah dan bawang goreng. Letakkan inti popia kemudian
gulungkannya.
Untuk
benar-benar 'kick' sapukan sos keatas popia basah yang siap digulung
dan taburkannya sedikit telur, kacang tanah, bawang goreng dan daun
bawang.
ok abang....siappp dahhhhh popia basah yang abang idamkan nie..hahahaha ya2x je aku...ngee* |
begini lah hendaknya cara membuat popia basah
*pesanan cik bulat===>cuba lah UMI HANI sampai berjaya sehingga incik abang jatuh hati dengan popia basah anda*
No comments:
Post a Comment